Sunday, 14 October 2012

Dengan Lafaz Bismillah, Aku Rasmikan Blog Dengan Cerita Pertama...


Dah lama sebenarnya aku nak create 1 blog macamni, tapi tak terbuat-buat.. sehinggalah akhirnya kini, blogku berjaya dirasmikan dengan post yang pertama bertarikh 14 Oktober 2012. Iya, Bulan Oktober. Bulan & tarikh yang mengingatkan aku dengan 2 tahun keramat setelah aku memang title graduan!

Berbekalkan dengan segulung ijazah (dulu ijazah tu di letak dalam scroll, sekarang dalam fail dah, ikut atas ipt lah) namun tidak mempunyai pekerjaan amat memeritkan bagi yang menanggungnya. Sama seperti graduan yang bekerja dengan pekerjaan yang tak setaraf dengan lulusan itu. Bukan memilih kerja, tapi karenah persekitaran yang membantu untuk tembok konflik ini lebih meninggi hari demi hari.

Termasuklah aku yang menulis ini. Ada kelulusan sarjana muda, tapi masih sukar mendapat peluang kerja yang sebaiknya. Masih teringat aku dikala sekolah menengah, pada saat orang sibuk berceritakan isu graduan menganggur dan tak dapat kerja walau dah bertahun konvo. Nah! Aku dengar ada yang sampai 2 tahun.. ada yang sudah berumur 29 hampir 30 tahun pun masih tiada kerja tetap walau dah membawa status siswazah selama 6 ke 7 tahun! Hebatkan? Tapi masa tu aku masih di sekolah. Tak memikirkan apa-apa… apa yang aku fikir bila dengar je cerita tu.. “ahh… tu dia, aku nanti tak jadi macam tulah!” nah… sekarangkan tuhan tu dah betul-betul nak tunjuk langit tu tinggi atau rendah? Haha… padan muka aku! 

Aku tak pernah pun cerita kat siapa-siapa tentang apa yang berlaku pada diri aku dan apa yang aku rasa. Sebab pada aku, biarlah aku je yang tanggung dulu benda ni sorang-sorang dengan dibantu oleh Allah.. (Solat, doa & sabar).
Nak jaga prestij lah kononnya kan. Yelah sebab orang kenal aku ni sebagai seorang yang ada identity, personality & perjuangan tersendiri sejak zaman sekolah lagi.

Mungkin salah aku juga sebab aku dah mencipta ‘jenama’ untuk diri sendiri yang menyebabkan orang-orang sekeliling menganggap aku perlu berada pad asuatu tempat yang baik di alam kerjaya dan hidup. Dan sekarang aku dah mula rasa kesan, tekanan daripada pandangan tinggi orang terhadap diri ini.

Aku sebenarnya sangat penat dengan orang sekeliling yang terlalu mengambil berat tentang diri aku. Ye, memang aku tak nafikan.. itu hak mereka untuk bertanya dan mungin dengan cara bertanya itulah yang membolehkan mereka mengetahui dengan lebih lanjut tentang diri ini. Namun, sudah sampai masa, tahap dan ketika aku meluahkan rasa rimas terhadap apa yang berlaku..
Setiap kali berjumpa, tak kira dimana saja, di kampung tempat aku tinggal sekarang mahupun di desa tempat berasal, menghadap dengan mereka yang bertanya itu dan ini dah menjadi lumrah. & seperti biasa, aku perlu menyusun atur skrip jawapan terbaik untuk menampakkan aku tidak terlalu kolot & ketinggalan, apatah lagi memperlihatkan aku terlalu tinggi di awing-awangan kerana… ya! Aku dah serik!

No comments:

Post a Comment