Dah lama
sebenarnya aku nak create 1 blog macamni, tapi tak terbuat-buat..
sehinggalah akhirnya kini, blogku berjaya dirasmikan dengan post yang pertama
bertarikh 14 Oktober 2012. Iya, Bulan Oktober. Bulan & tarikh yang
mengingatkan aku dengan 2 tahun keramat setelah aku memang title graduan!
Berbekalkan dengan
segulung ijazah (dulu ijazah tu di letak dalam scroll, sekarang dalam fail dah,
ikut atas ipt lah) namun tidak mempunyai pekerjaan amat memeritkan bagi yang
menanggungnya. Sama seperti graduan yang bekerja dengan pekerjaan yang tak setaraf dengan lulusan itu. Bukan memilih
kerja, tapi karenah persekitaran yang membantu untuk tembok konflik ini lebih meninggi
hari demi hari.
Termasuklah aku
yang menulis ini. Ada kelulusan sarjana muda, tapi masih sukar mendapat peluang
kerja yang sebaiknya. Masih teringat aku dikala sekolah menengah, pada saat
orang sibuk berceritakan isu graduan menganggur dan tak dapat kerja walau dah
bertahun konvo. Nah! Aku dengar ada yang sampai 2 tahun.. ada yang sudah
berumur 29 hampir 30 tahun pun masih tiada kerja tetap walau dah membawa status
siswazah selama 6 ke 7 tahun! Hebatkan? Tapi masa tu aku masih di sekolah. Tak memikirkan
apa-apa… apa yang aku fikir bila dengar je cerita tu.. “ahh… tu dia, aku nanti
tak jadi macam tulah!” nah… sekarangkan tuhan tu dah betul-betul nak tunjuk
langit tu tinggi atau rendah? Haha… padan muka aku!
Aku tak pernah
pun cerita kat siapa-siapa tentang apa yang berlaku pada diri aku dan apa yang
aku rasa. Sebab pada aku, biarlah aku je yang tanggung dulu benda ni
sorang-sorang dengan dibantu oleh Allah.. (Solat, doa & sabar).
Nak jaga
prestij lah kononnya kan. Yelah sebab orang kenal aku ni sebagai seorang yang
ada identity, personality & perjuangan tersendiri sejak zaman sekolah lagi.
Mungkin salah
aku juga sebab aku dah mencipta ‘jenama’ untuk diri sendiri yang menyebabkan
orang-orang sekeliling menganggap aku perlu berada pad asuatu tempat yang baik
di alam kerjaya dan hidup. Dan sekarang aku dah mula rasa kesan, tekanan
daripada pandangan tinggi orang terhadap diri ini.
Aku
sebenarnya sangat penat dengan orang sekeliling yang terlalu mengambil berat tentang
diri aku. Ye, memang aku tak nafikan.. itu hak mereka untuk bertanya dan mungin
dengan cara bertanya itulah yang membolehkan mereka mengetahui dengan lebih
lanjut tentang diri ini. Namun, sudah sampai masa, tahap dan ketika aku
meluahkan rasa rimas terhadap apa yang berlaku..
Setiap kali
berjumpa, tak kira dimana saja, di kampung tempat aku tinggal sekarang mahupun
di desa tempat berasal, menghadap dengan mereka yang bertanya itu dan ini dah
menjadi lumrah. & seperti biasa, aku perlu menyusun atur skrip jawapan terbaik
untuk menampakkan aku tidak terlalu kolot & ketinggalan, apatah lagi
memperlihatkan aku terlalu tinggi di awing-awangan kerana… ya! Aku dah serik!